Home Semasa 5,271 kes harian baharu COVID-19, Selangor catat angka bawah 2 ribu

5,271 kes harian baharu COVID-19, Selangor catat angka bawah 2 ribu

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 7 Jun – Jumlah kes baharu harian COVID-19 di seluruh negara hari ini adalah sebanyak 5,271 sekaligus merekodkan penurunan 4 hari berturut dalam tempoh 24 jam berbanding 6,241, semalam.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di Malaysia meningkat kepada 622,086 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi di laman Twitter berkata, kes di Selangor juga menunjukkan penurunan apabila mencatatkan kes di bawah 2,000 selepas berminggu-minggu mencatatkan angka membimbangkan dengan merekodkan 1,374 kes pada hari ini.

“Ini diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209) dan Kedah (194),

“Manakala, Melaka dengan 178 kes, Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (8) dan Perlis (1),” katanya.

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 6,241 kes baharu COVID-19 dan 87 korban akibat wabak ini. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply