if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Terengganu, Sabah pula di kenakan PKPD

Beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Terengganu, Sabah pula di kenakan PKPD

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Terengganu dan Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah bersetuju melaksanakan PKPD di semua lokaliti dan mukim tersebut berkuat kuasa 29 Mei sehingga 11 Jun ini.

Di Perak, ia membabitkan Mukim Sitiawan dan Manjung yang melibatkan Sitiawan, Seri Manjung dan Ayer Tawar.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Mukim Sitiawan telah mencatatkan 135 kes semasa dalam tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei 2021 sekali gus menyumbang sebanyak 58.7 peratus kes di daerah Manjung,

“Selain itu, berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam kawasan berkepadatan tinggi serta jangkitan dalam komuniti di mukin yang melibatkan Pekan Setiawan, Pekan Ayer Tawar, Pekan Kg Koh, Pekan Pasir Panjang dan Bandar Seri Manjung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seterusnya di Pahang, melibatkan 3 lokaliti dalam daerah Bera iaitu Bandar Triang, Pekan Kemayan dan Gugusan Mendi.

“Berlaku peningkatan kes amat ketara apabila sebanyak 76 kes positif telah direkodkan hasil daripada 1,258 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM,” ujarnya.

Manakala di Terengganu, melibatkan Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu yang telah berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“KKM mendapati berlaku peningkatan kes amat ketara dalam masa yang singkat apabila sebanyak 37 kes positif telah direkodkan hasil daripada 213 ujian saringan,” jelasnya.

Di Sabah, PKPD dikenakan di Kampung Baru Durok, Keningau dan Kampung Mook, Kinarut, Papar.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 158 ujian saringan dan sebanyak 28 kes positif direkodkan di lokaliti Kampung Baru Durok,

“Di Kampung Mook pula sebanyak 9 kes positif telah direkodkan hasil daripada 35 ujian saringan dilakukan oleh KKM,” katanya lagi.

Pelaksanaan PKPD di semua lokaliti dan mukim tersebut untuk menyekat pergerakan dan mengekang penularan wabak COVID-19 ke luar kawasan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply