KUALA LUMPUR, 20 Mei – Wabak COVID-19 semakin mengganas apabila negara sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi hari ini iaitu 6,806 kes dengan 2,277 daripadanya dilaporkan di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun twitter rasminya berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit akibat COVID-19 didalam negara adalah meningkat sebanyak 492,302 kes.
Beliau mengesahkan, Selangor masih terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu dengan mencatatkan sebanyak 2,277 kes pada hari ini.
“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 655, Johor (615), Sarawak (608), Kelantan (426), Kedah (417), Pulau Pinang (362), Negeri Sembilan (291), Perak (248), Sabah (245), Terengganu (233), Melaka (212), Pahang (157), Putrajaya (35), Labuan (17) dan Perlis (8) kes,” katanya.
Semalam, Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 sebanyak 6,075 kes dan 46 kes kematian dicatatkan.-airtimes.my