Home Semasa Hina Raja Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis

Hina Raja Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan aktivis, Fahmi Reza susulan hantaran menerusi akaun facebooknya yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin telah ditahan sepasukan anggota JSJ Bukit Aman di sebuah lokasi di Kuala Lumpur, semalam.

“Suspek akan dibawa ke kahadapan majistret pada 24 Apr 2021 (hari ini) untuk tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut,

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Huzir, penahanan Fahmi Reza dibuat susulan laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akuan Facebook suspek yang didapati menghina Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

“Melalui akaun tersebut, suspek telah memuat naik posting yang mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kapsyen berbunyi ‘This is dengki ke? 100 dengki song, all in one playlist’,

“Suspek turut memuat naik satu link spotify yang menyenarikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This is dengki ke?,” ujarnya.

Pautan berita: Hina Permaisuri: Pemuda PAS mahu Fahmi Reza dikenakan tindakan segera

Sementara itu, PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mencetus suasana tidak harmoni serta menganggu gugat ketenteraman awam,” tegasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply