Home Pertahanan dan Keselamatan Harimau Para teruskan Eksesais Tiger Leap walaupun dalam bulan Ramadan

Harimau Para teruskan Eksesais Tiger Leap walaupun dalam bulan Ramadan

by Air Times News Network

SIMPANG RENGAM, 24 Apr – Batalion Kesembilan Rejimen Aksar Melayu Diraja (9 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais Tiger Leap siri 3/2021 di Zon Gugur (ZG) Nenas, Simpang Renggam pada, Selasa lepas.

Markas 10 Bgd (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan penerjunan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap Full Readiness bagi setiap penerjun serta menguji keupayaan elemen Leading Para Battle Group (LPBG).

“Objektif latihan antara lain juga adalah untuk menguji Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) bagi latihan penerjunan bermula dengan penubuhan Mounting Base, Cross Loading Plan, Rally Point, RV Procedure sehingga menyelamatkan objektif sebelum meneruskan misi selanjutnya,

“Persiapan eksesais ini bermula dengan latihan pemanasan di Mock-Up Para Ground Training sebelum latihan penerjunan sebenar yang melibatkan semua anggota yang berkelayakan,” kata hantaran itu.

Selain itu, latihan ini juga dapat mengekalkan kecekapan warga 10 Bgd (Para) dalam melaksanakan latihan kepakaran Operasi Paracut walaupun sedang melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Latihan ini juga adalah sebahagian daripada persiapan pasukan-pasukan di bawah pemerintahan 10 Briged (Para) dalam menghadapi Eks Para Predator dan Eks Gerak Pantas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Panglima 10 Briged (Para). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply