Home Semasa COVID-19: 1,349 kes baharu, 2 kematian hari ini

COVID-19: 1,349 kes baharu, 2 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Apr – Sebanyak 1,349 kes harian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 350,959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter rasminya berkata, daripada kes baharu yang direkodkan, sebanyak 7 kes import telah direkodkan dan selebihnya adalah penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,509 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan sebanyak 1,270 kes telah pulih dari COVID-19 dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara adalah 335,162 kes.

Negeri Sarawak pula melaporkan kes baharu harian tertinggi hari ini, iaitu sebanyak 419 kes.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 343 kes dan Pulau Pinang sebanyak 185 kes,” katanya.⠀

Selain itu, terdapat 186 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 94 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan 2 kes kematian pada hari ini dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,288 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply