Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 1,638 kes baharu, 3 kematian hari ini

COVID-19: Malaysia catat 1,638 kes baharu, 3 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 1,638 kes baharu pesakit COVID-19 di dalam negara sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 349,610 kes pada hai ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu yang direkodkan, sebanyak 7 kes merupakan kes import dan 1,631 pula penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,432 kes.

Sementara bagi kes sembuh, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,149 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh di Malaysia sebanyak 333,892 kes.

Beliau berkata, negeri Perak melaporkan kes baharu harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 499 kes.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 352 kes dan Sarawak sebanyak 290 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.⠀

Terdapat juga sebanyak 167 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 3 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,286 kes.

“Pada hari ini kes kematian melibatkan masing-masing 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, dan Sarawak,

“Kesemua kematian melibatkan warganegara,” ujarnya.

Sementara itu, KKM mengesahkan 7 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 4 kluster komuniti dan 3 kluster tempat kerja.– airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply