Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rentas daerah dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah – Air Times News Network
Home Semasa Rentas daerah dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah

Rentas daerah dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kerajaan mengumumkan kelonggaran dengan membenarkan kembali pergerakan rentas daerah di seluruh negeri mulai 5 Mac kecuali Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas bersetuju pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalah Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai berkuatkuasa pada 5 Mac ini, maka pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan,

“Cuma rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan harian PKP hari ini.

Mengenai di Sabah, beliau berkata kerajaan negeri telah memohon agar sekatan daerah dikekalkan lagi untuk tempoh 2 minggu lagi.

“Kita faham, Sabah merupakan negeri yang mempunyai wilayah besar, satu daerah mereka pun sebenarnya lebih besar kebanyakan negeri di Semenanjung, kalau daerah Kinabantangan ianya sebesar negeri Pahang,

“Sama dengan rentas negeri juga, kalau rentas daerah di Sabah, sebab itulah kerajaan negeri Sabah meminta supaya ditangguhkan dahulu untuk Sabah,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan semua majlis rasmi; tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan atau pertunangan, aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial dibenarkan berkuatkuasa 5 Mac 2021.

“Had kehadiran bagi kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis, manakala bagi PKPP adalah mengikut keluasan premis asalkan ada penjarakan sosial,” ujarnya – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?