Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Army 4NextG 2021-2050 pelan strategik masa hadapan Tentera Darat

Army 4NextG 2021-2050 pelan strategik masa hadapan Tentera Darat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4NextG) 2021-2050 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), semalam.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, turut melancarkan Buku Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (SPS TD) 2021-2025 bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat Ke-88.

“Army 4NextG dirangka bagi tempoh 30 tahun merupakan pelan strategik jangka masa panjang TDM berdasarkan keupayaan untuk beroperasi secara serentak di dua wilayah,

“Dengan adanya pelan berkenaan, ianya akan menyediakan TDM untuk menjadi sebahagian daripada ‘Angkatan Masa Hadapan’ yang berupaya melaksanakan tugas dalam persekitaran pelbagai domain,” katanya TDM dalam hantaran di media sosialnya.

Panglima Tentera Darat melancarkan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4NextG) 2021-2050 dan Buku Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (SPS TD) 2021-2025 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), semalam.

Manakala buku SPS TD pula adalah rujukan dan panduan kepada semua lapisan pemerintahan TDM bagi mencapai visi, misi dan objektif yang ditetapkan.

“Buku berkenaan turut mendukung Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pelan Strategik Kementerian Pertahanan, Sistem Pengurusan Strategik ATM 2021-2025, 4DMAF dan Army 4NextG.

Semalam, Zamrose dalam ucapannya turut menegaskan, TDM akan terus komited untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dari sebarang anasir luar yang cuba memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara ini.

Seramai 120 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah melaksanakan perbarisan sempena Hari Tentera Darat ke-88 di PUSASDA.

Perbarisan ini diadakan secara statik dengan berskala kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pandemik COVID-19. – airtimes.my

Gambar Galeri:

 

 

Related Articles

Leave a Reply