Home Semasa 22 PATI dan 1,111 individu ingkar PKP ditahan semalam

22 PATI dan 1,111 individu ingkar PKP ditahan semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) diseluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut merampas 6 buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 91 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Beliau turut menjelaskan, sebanyak 532 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dan Op Penawar dilaksanakan semalam melibatkan Op Penawar (ATM, PDRM dan jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 476 SJR.

“Manakala, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 1,111 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

“Daripada jumlah itu, 1,040 telah dikompaun, 71 individu direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (306); tiada penjarakan fizikan (300); gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (107); tidak memakai pelitup muka (97); keluar rumah tanpa alasan munasabh (68); membawa penumpang berlebihan (58); aktiviti pusat hiburan (58); presmis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (11) dan lain-lain sebab (109),” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply