Home Semasa COVID-19: 24 kes kematian tertinggi direkodkan

COVID-19: 24 kes kematian tertinggi direkodkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 24 kes hari ini, sekali gus menjadi kes tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah rekod kematian tertinggi harian yang pernah dilaporkan.

“21 kes kematian adalah wargnegara, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 896 kes,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengesahkan sebanyak 3,100 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 245,552 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,099 kes penularan tempatan dan 1 merupakan kes import,

“Terdapat 2,340 kes sembuh sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 192,679 kes,” tambahnya.

Ketika ini, seramai 51,977 sedang dirawat, di mana sebanyak 282 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam masa yang sama, Selangor masih merekodkan pertambahan kes harian tertinggi sebanyak 1,196 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu adalah 79,580 kes.

Ini diikuti oleh negeri Johor sebanyak 490 dan Melaka sebanyak 344 kes.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?