Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: ATM rampas 10 guni syabu bernilai RM16.08 juta

Op Benteng: ATM rampas 10 guni syabu bernilai RM16.08 juta

by Air Times News Network

PASIR MAS, 9 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas 10 guni syabu seberat 402 kilogram (kg) bernilai RM16.08 juta di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, semalam.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, rampasan ini merupakan kejayaan terbesar menerusi Op Benteng Zon Utara (Kawasan Op Merpati) Markas 8 Briged Kelantan, setakat ini.

“Pasukan ronda dari Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan (RS) telah menjumpai 10 guni hitam berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’ yang ditinggalkan dua individu mencurigakan di tebing Sungai Golok, kira-kira jam 10 pagi,

“Namun, kedua-dua individu tersebut melarikan diri kes sebelah Thailand setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

‘’Rampasan ini memberi impak signifikan terhadap kejayaan keseluruhan Op Benteng dalam memperkukuhkan persempadanan negara ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Markas 2 Div.

Pada masa sama, beliau turut menyeru penduduk setempat dan semua agensi terus sama-sama berkongsi maklumat serta berganding bahu untuk mencegah sebarang bentuk jenayah rentas sempadan bagi menjamin kedaulatan negara kekal terpelihara. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply