Home SemasaGlobal China berjaya uji sistem pemintas peluru berpandu

China berjaya uji sistem pemintas peluru berpandu

by Nor Azlan Mohd Nor

BEIJING, 5 Feb – Tentera China telah berjaya melaksanakan ujian sistem pemintas peluru berpandu, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Nasional, ujian itu dilakukan di wilayahnya dan mencapai objektif ujian yang diinginkan.

“Ujian itu bersifat defensif dan tidak menyasarkan mana-mana negara,” katanya.

Beijing mengumumkan percubaan sistem pemintas yang pertama berjaya dilakukan pada tahun 2010, ujian yang sama telah dilakukan pada tahun 2013, 2014 dan 2018.

Sistem pemintas peluru berpandu ini mampu menghalang kemasukkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Walaubagaimanapun, tidak ada sebarang perincian teknikal yang dikeluarkan mengenai ujian tersebut.

Ujian sistem itu terjadi sehari setelah pentadbiran Biden meluluskan perjanjian berpanjangan kawalan senjata nuklear dengan Rusia, dan berjanji akan melibatkan Beijing untuk kawalan senjata dan nuklear. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply