KALABAKAN, 5 Jan – Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau merampas selaras senapang angin buatan sendiri, dadah jenis syabu dan 2 buah motorsikal dalam serbuan di Ladang Felda Selatan pada Selasa lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintenden Mohd Yacob Murad berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan Kompeni C Batalion PGA yang diketuai oleh Inspektor Low Yen Meng sedang menjalankan tugas Ronda Jarak Jauh, Road Check Point (PCP), Operasi Benteng COVID-19 di Kalabakan pada jam 6.00 petang.
“Pasukan telah terserempak dengan sekumpulan lelaki dewasa sedang berkumpul di sebuah rumah tidak bernombor dalam kawasan ladang tersebut,
“Menyedari kehadiran pasukan polis, kesemua mereka telah melarikan diri melalui pintu belakang rumah. Usaha mengejar dan mencari suspek-suspek dijalankan namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri,” katanya menerusi hantaran di media sosial Batalion 14 PGA.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 6,030.00. Kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut. – airtimes.my