Home SemasaGlobal Jepun kesan penularan tempatan COVID-19 varian United Kingdom

Jepun kesan penularan tempatan COVID-19 varian United Kingdom

by Air Times News Network

TOKYO, 19 Jan – Pihak berkuasa kesihatan Jepun hari ini mengesahkan berlakunya kes penularan tempatan yang melibatkan COVID-19 varian UK.

Kementerian Kesihatan Jepun menjelaskan, seramai 3 orang pesakit dari wilayah Shizuoka dikesan menghidap virus tersebut tetapi tidak mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom.

“Kes pertama dikesan di barat daya Tokyo awal Januari lalu,” kata pihak pegawai kesihatan Jepun yang dilaporkan oleh Reuters.

Terdahulu, Jepun telah mengisytiharkan darurat di Tokyo dan 7 wilayah lain berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang meningkat secara mendadak.

Sehingga hari ini, Negara Matahari Terbit itu telah merekodkan sebanyak 335 ribu kes jangkitan dan 4,500 kematian.

Ini termasuk 45 kes jangkitan yang melibatkan varian baharu virus COVID-19 yang ditemui di Britain, Afrika Selatan dan Brazil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply