Home Semasa ADUN Bugaya meninggal dunia

ADUN Bugaya meninggal dunia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah tengah hari ini.

Perkara ini disahkkan oleh Media Warisan Semporna menerusi laman sosial rasminya hari ini.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Yang Berhormat Manis Muka Mohd. Darah yang baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi,

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Inshaallah… Aamiin. Al-Fatihah,” kata hantaran itu.

Turut mengesahkan perkara ini adalah Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking di Dewan Rakyat hari ini yang mengucapkan takziah kepada keluarga ADUN Bugaya sebelum memulakan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu, Allahyarhamah yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah Bahagian Semporna mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi dengan mengalahkan 6 calon dari parti lain. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply