Home Pertahanan dan Keselamatan ATB 2 tahan bot, kapal tangki cuba seludup minyak di Semporna

ATB 2 tahan bot, kapal tangki cuba seludup minyak di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 17 Nov – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak di perairan Pulau Lingitan, awal pagi tadi.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, pengesanan 2 buah bot kumpit dan kapal tangki telah dikesan oleh pusat pengawasan pesisiran pantai (Coastal Surveillance Station (CSS)) dalam keadaan mencurigakan, semalam.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) yang bertempat di Markas ATB 2, pasukan telah mengaturgerakan Viper 04 bersama Tim Quick Reaction Force (QRF) 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (PARA) yang berada di kawasan Operasi Pantai Selatan,

“Viper  04 telah memintas bot tersebut. Hasil pemeriksaan yang di lakukan oleh Tim QRF mendapati, seramai 12 orang awak-awak warganegara Filipina bersama 273 tong minyak dalam 2 buah bot kumpit,

“Manakala pemeriksaan terhadap kapal tangki minyak medapati seramai 5 orang awak-awak warganegara Malaysia bersama sejumlah 123,000 liter minyak,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga kapal tersebut ditahan atas kesalahan melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melaksanakan aktiviti penyeludupan minyak tanpa kebenaran dan juga pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Viper 04 dan Tim QRF telah mendapat bantuan dari 2 buah bot tempur dari ATB 2 bagi mengiringi ketiga-tiga bot tersebut untuk diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bagi siasatan lanjut,

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM 1,185,324.00. Kesemua awak-awak telah disaring dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Semporna,” tambahnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply