Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5 Divisyen bantu agih 2,000 bekalan makanan di PKPD Kampung Numbak

5 Divisyen bantu agih 2,000 bekalan makanan di PKPD Kampung Numbak

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 17 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri (NADMA) Sabah mengagihkan bekalan makanan ke lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Kampung Numbak, semalam.

Markas Divisyen Ke-5 Infantri Malaysia (5 Div) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, penugasan pengagihan bekalan makanan ini diketuai Sarjan Mohd Fauzie Amin yang melibatkan seramai 20 anggota daripada 5 Skuadron Semboyan Briged (5 SSB), 5 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (5 KPD) dan 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD).

“Penugasan bantuan ini akan diteruskan sehingga 18 November ini bagi membantu NADMA Sabah di bawah insiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk pengagihan bekalan makanan menggunakan 2 unit kenderaan trak 3 ton,

“Pergerakan membawa 2,000 unit bekalan makanan tersebut dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu ke lokasi PKPD Kampung Numbak,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Sabah telah mengumumkan PKPD di Penempatan Telipok dan Kampung Numbak yang berkuatkuasa 16 hingga 29 November 2020.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat serta penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply