Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratEks Keris Strike: Manifestasi kerjasama Malaysia, AS dan Australia hadapi ancaman keselamatan

Eks Keris Strike: Manifestasi kerjasama Malaysia, AS dan Australia hadapi ancaman keselamatan

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Seramai 3,141 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), United States Army Pasific Command (USARPAC) dan Tentera Darat Australia (TDA) berkampung selama 2 minggu di Sabah sempena Eksesais Keris Strike Siri 29/2024.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, buat pertama kali, ianya telah dilaksanakan secara trilateral dengan penglibatan tambahan dari TDA.

Menurutnya, perlaksanaan eksesais Keris Strike pertama kali diadakan dengan melibatkan pasukan-pasukan di bawah Pemerintahan Medan Timur dan diadakan di borneo khususnya di Sabah.

Jelasnya, perlaksanaan eksesais ini dapat memberi manafaat kepada para peserta yang terlibat khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TDM khasnya melalui perkongsian pelbagai kepakaran dan pengetahuan melibatkan perlaksanaan eksesais dalam multi domain operation.

“Pemilihan lokasi di Sabah ini memberi suasana baru bagi perserta memahami isu-isu geostrategik yang berlaku di Laut China Selatan dengan pelbagai bentuk ancaman keselamatan,

“Melalui kerjasama strategik seperti latihan ketenteraan bersama pelbagai negara ini dapat meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa dalam mengekalkan keamanan di rantau ini,

“Keseluruhannya Eksesais Keris Strike pada tahun ini telah mencapai objektif yang dikehendaki dan saya amat bangga dengan prestasi warga TDM yang telah mempamerkan tahap profesionalisma yang dikehendaki dari aspek mental dan fizikal,” jelasnya semasa Upacara Penutup Eksesais Keris Strike 29/2024 di Pantai Sikuati, pada Khamis.

Buat pertama kali, Eksesais Keris Strike telah dilaksanakan secara trilateral dengan penglibatan tambahan dariTentera Darat Australia (TDA). Foto: TDM

Turut hadir, Deputy Commanding General USARPAC, Lieutenant General James (Jamie) B. Jarrard dan 1st Australian Division Commander, Major General Ash Collingburn.

Muhammad Hafizuddeain juga berkata, dengan pelaksanaan eksesais seperti ini ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat setempat terhadap kredibiliti ATM dan TDM khasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, eksesais Keris Strike pada kali ini adalah satu manifestasi kerjasama aktif antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia untuk meningkatkan kebolehoperasian dan pemahaman semua tentera negara terlibat.

“eksesais ini turut memberi peluang kepada TDM untuk menilai dan menambah baik doktrin dan keperluan aset ketenteraan yang sesuai dari semasa ke semasa di samping mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa bersama negara terlibat,” ujarnya.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat turut menyaksikan fasa serangan akhir Battle Group sebelum menyempurnakan upacara penutup eksesais yang dimulakan dengan acara menanggalkan TOHA yang dipakai oleh wakil Pelaku Biru, Pelaku Merah, Exercise Control (EXCON), Higher Control (HICON), Tim Evaluasi Doktrin dan Evaluasi Latihan.

Eksesais trilateral ini telah berlangsung selama 15 hari. Ia melibatkan seramai 3,141 peserta melibatkan 2,388 pegawai dan anggota dari TDM, 617 (USARPAC) dan 136 mewakili TDA.

Eksesai kali ini melibatkan pelbagai aktiviti perkongsian pengetahuan dan kepakaran termasuklah Cross Training Exercise (CTX) melibatkan kepakaran airborne dan operasi melawan ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (CBRNe).

“Selain itu, turut diadakan Staff Exercise (STAFFEX) melibatkan pendedahan kepada fungsi staf dalam operasi dan Combined Arm Life Firing (CALFEX) melibatkan aset artileri, amour, mekanise dan senjata bantuan batalion,

“Semasa eksesais ini berlangusung, turut diadakan Hari Terbuka bersama masyarakat setempat dengan mengadakan pameran statik demonstrasi aset di Kota Belud,” jelas TDM dalam kenyataan pada Jumaat. -airtimes.my

#ATM #TDM #eksesais #Sabah #KerisStrike #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply