Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 2 penyeludup cabut lari, tinggalkan 455kg daun ketum

2 penyeludup cabut lari, tinggalkan 455kg daun ketum

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 7 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengagalkan cubaan menyeludup daun ketum 455 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM 36,400 ke Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, bungkusan ketum itu dikesan di dalam sebuah kenderaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd), pada Jumaat lalu.

Menurut 2 Div, pihaknya telah mengesan kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Pajero dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan beroperasi seterusnya cuba untuk menahan kenderaan tersebut,

“Namun menyedari kehadiran pasukan beroperasi, 2 suspek yang berada di dalam kenderaan terbabit bertindak meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand,

“Siasatan mendapati sebanyak 44 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 455 kilogram dengan anggaran nilai sebanyak RM 36,400 ringgit ditemukan di dalam kenderaan terbabit,”jelas pihak 2 Div dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, hasil rampasan dianggarkan bernilai RM56,400 dan kesemua diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Tambah kenyataan itu, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan memastikan keselamatan sempadan terpelihara.-airtimes.my

#TDM #ATM #daunketum #seludup #sempadan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply