Home SemasaPolis bantuan positif COVID-19 tidak bertugas di Parlimen

Polis bantuan positif COVID-19 tidak bertugas di Parlimen

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Anggota polis bantuan yang didapati positif COVID-19 tidak bertugas di bagunan Parlimen Malaysia.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, laporan yang dikeluarkan semalam adalah tidak tepat.

“Laporan semalam yang mengatakan polis bantuan (Parlimen) itu didapati COVID-19 sebenarnya tidak benar. Bukan polis bantuan di Parlimen,

“(Tetapi) polis bantuan yang berkhidmat di tempat lain. Jadi perkara itu satu kesilapan (susulan kekeliruan laporan semalam),

“Memang polis bantuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), tetapi bukan bertugas di Pejabat Perdana Menteri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Azhar berkata sedemikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena (Pakatan Harapan), Datuk Mahfuz Omar sebelum sesi pertanyaan Menteri –menteri bermula.

Terdahulu, Mahfuz membangkitkan isu keselamatan semua ahli Parlimen dan semua pihak yang berada di bangunan itu susulan laporan semalam mengatakan polis bantuan JPM disahkan positif COVID-19.

Semalam, Takiyuddin memberitahu Dewan Rakyat, persidangan terpaksa dipendekkan sehingga jam 1 tengah hari susulan terdapat kakitangan Dewan Negara yang disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam juga menjelaskan, seorang anggota polis bantuan, isteri, 3 rakannya, seorang pengamal media serta kakitangan Dewan Negara disahkan positif wabak pandemik itu. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply