Home Semasa PKPB Sabah dilanjutkan, 2 kawasan di Tawau diisytihar PKPD

PKPB Sabah dilanjutkan, 2 kawasan di Tawau diisytihar PKPD

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan 2 kawasan di Tawau telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Taman Semarak dan PPR Balung akan dikenakan PKPD selama 14 hari mulai 26 Oktober hingga 10 November,” kata Ismail Sabri dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Menurut beliau, keputusan dibuat semasa sidang Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendapat cadangan oleh kerajaan negeri Sabah.

Pada masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Di Bawah Bayu itu turut dilanjutkan sehingga 9 November.

Ismail Sabri menambah, penambahan tempoh PKPB di negeri itu adalah berdasarkan peningkatan kes positif yang tinggi di Sabah.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan bersasar di kalangan penduduk. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply