Home Semasa PKPDB di Penjara Alor Setar, kuarters kakitangan mulai tengah malam 6 Oktober

PKPDB di Penjara Alor Setar, kuarters kakitangan mulai tengah malam 6 Oktober

by Air Times News Network

KUALA LUNMPUR, 4 Okt – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan Penjara Alor Setar, Kedah termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 6 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan dengan mengambil kira peningkatan jumlah kes yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,

“Sepanjang tempoh ini juga, sebarang pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan Kedah mencatatkan 414 kes membabitkan Kluster Tembok, 10 kes Kluster Bah Ketil, 4 kes Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose 8 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply