Home Politik Walaupun kalah, Warisan menang paling banyak kerusi – Shafie Apdal

Walaupun kalah, Warisan menang paling banyak kerusi – Shafie Apdal

by M.Daim

KOTA KINABALU, 27 Sept – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menegaskan partinya telah memenangi paling banyak kerusi walaupun pihaknya tewas dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah ke-16 baru-baru ini.

Menurut beliau, Warisan telah memenangi sebanyak 29 kerusi berbanding parti lain yang bertanding.

“Kita dapat melihat satu-satunya parti yang memenangi kerusi yang paling banyak adalah Warisan,” ujarnya.

Shafie berkata, pihaknya akan meneuskan mandat dan kepercayaan oleh rakyat walaupun politik negara masih tidak stabil termasuk Sabah.

“Kita tahu bahawa keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga dalam keadaan kita lihat bumi Sabah,” jelasnya lagi.

PRN ke-16 baru-baru ini menyaksikan Warisan Plus gagal mendapat majorit apabila gabungan itu hanya mendapat 32 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Warisan telah berjaya memenangi 29 kerusi dengan 6 daripadanya disumbangkan oleh calon DAP yang bertanding dibawah tiket parti itu. Parti komponen Warisan Plus yang lain, PKR telah menenangi 2 kerusi sementara UPKO 1 kerusi. – airtimes,my

Related Articles

Leave a Reply