Home SemasaGlobal Guna anjing kesan pesakit COVID-19 di lapangan terbang

Guna anjing kesan pesakit COVID-19 di lapangan terbang

by M.Daim

HELSINKI, 27 Sept – Kerajaan Finland menggunakan perkhidmatan 4 ekor anjing bagi mengesan mana-mana pelancong yang memasuki ke negara itu telah dijangkiti wabak COVID-19.

Kesemua anjing terlibat dalam program ujian selama 4 bulan di Lapangan Terbang Helsinki dengan kos dibiayai oleh kerajaan Finland.

Menurut laporan AP, kesemua anjing terbabit telah dilatih oleh Finland’s Smell Detection Association.

“Anjing merupakan haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan mungkin cara ini akan diperluaskan sekiranya ujian ini berjaya,

 

“Ujian pengesanan tidak melibatkan sentuhan antara anjing dengan penumpang yang terlibat. Ianya dilakukan secara percuma dengan persetujuan individu yang terlibat,” kata Anna Hielm-Bjorkman, profesor dari University of Helsinki.

Beliau menambah, ujian hanya mengambil masa 1 minit dan penumpang akan diberikan tisu untuk disapu pada kulit mereka.

Tisu tersebut akan dimasukkan ke dalam balang dan dihidu oleh anjing yang sedang menunggu di bilik berlainan.

Jelas Anna, hasil ujian adalah bergantung kepada reaksi anjing selepas menghidu sampel terbabit.

“Sekiranya hasil ujian menunjukkan penumpang disyaki dijangkiti oleh COVID-19, mereka dikehendaki untuk menjalani ujian saringan selanjutnya sebagai pemeriksaan lanjut,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, Finland merupakan negara kedua selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menggunakan perkhidmatan anjing pengesan bagi mengesan mana-mana individu yang tiba ke negara dijangkiti COVID-19.

Anjing yang dikenali sebagai ET, Kossi, Miina dan Valo sebelum ini pernah menjalani latihan untuk mengesan penyakit kanser, diabetis dan beberapa penyakit lain. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply