Home Politik Kami tatap bersama BN dan PN – PBS

Kami tatap bersama BN dan PN – PBS

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 27 Sept – Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan bergabung dengan Parti Warisan Plus (Warisan Plus) bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu di Sabah.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, dalam kenyataan berkata, parti itu akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selaku rakan sekutunya.

“Parti Bersatu Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa PBS akan bergabung dengan Parti Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan baru,

“Dakwaan ini telah ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah semalam,” jelasnya ringkas.

Dakwaan mengaitkan PBS dengan WARISAN Plus yang membabitkan Parti Warisan Sabah (WARISAN), PKR, DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam, yang menyaksikan Warisan Plus telah berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 6 daripadanya disumbangkan oleh calon DAP yang bertanding dibawah tiket parti itu.

Parti komponen Warisan Plus yang lain, PKR telah menenangi 2 kerusi sementara UPKO 1 kerusi. – airtimes,my.

Related Articles

Leave a Reply