Home Politik Wan Ahmad Faysal ketua ARMADA Bersatu yang baru

Wan Ahmad Faysal ketua ARMADA Bersatu yang baru

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 16 Ogos – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu bagi penggal 2019 hingga 2022.

Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan turut mengesahkan Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun sebagai Naib Ketua Armada bagi penggal yang sama.

“Buat julung kalinya ARMADA bahagian-bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan tahunan secara serentak, semalam,

“Seramai 9,496 orang perwakilan telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian ARMADA tersebut,

“Daripada 173 bahagian ARMADA yang layak bersidang semalam, 164 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan, manakala 9 bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata tumpuannya kini hanya untuk menyatukan ahli ARMADA dan Bersatu yang kini dilihat agak tegang.

“Terima kasih atas amanah yang begitu besar ini. Insya- ALLAH saya akan berikan yang terbaik untuk ARMADA dan anak muda,

“Fokus kita ialah #penyatuanArmada dan Bersatu itu sendiri, dan mulakan kerja segera demi rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, pagi tadi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply