Home SemasaGlobal Imej satelit papar kapal terbalik akibat letupan ammonium nitrat seberat 2,750 tan

Imej satelit papar kapal terbalik akibat letupan ammonium nitrat seberat 2,750 tan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Pihak European Space Imaging telah mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan kesan kemusnahan di Pelabuhan Beirut.

Imej beresolusi tinggi Very High Resolution (VHR) yang dikeluarkan pada hari ini adalah dicerap oleh satelit WorldView-2 milik DigitalGlobe.

Imej kawasan Pelabuhan Beirut sebelum kejadian 4 Ogos. Foto: European Space Imaging

Pihak Pihak European Space Imaging, imej menunjukkan hampir 20 bangunan telah musnah dalam insiden 4 Ogos lalu.

“Kesan kemusnahan dapat dilihat pada bangunan sekeliling di kawasan kejadian. Selain itu, imej satelit turut menunjukkan sebuah kapal kruis, Orient Queen terbalik sementara 4 buah kapal tangki musnah,” katanya.

Dalam kejadian 4 Ogos, kebakaran sebuah gudang di Pelabuhan Beirut telah menyebabkan satu letupan besar yang mengegarkan bandar itu. Sehingga kini 135 orang telah disahkan maut manakala 5,000 orang lagi cedera.

Imej kawasan Pelabuhan Beirut selepas kejadian 4 Ogos. Foto: European Space Imaging

“Imej VHR mampu memberikan maklumat terkini dan penting kepada pasukan penyelamat bagi melakukan penilaian situasi. Ianya memberikan satu gambaran yang penuh dan jelas,

“Selain itu, maklumat yang didapati dari imej dapat membantu pasukan penyelamat untuk merancang serta melakukan pemerhatian dan mengesan sebarang perubahan kritikal di kawasan insiden,” kata Ketua Pengurus European Space Imaging, Adrian Zevenbergen dalam kenyataan.

Keadaan gudang sebelum dan selepas kejadian 4 Ogos. Foto: European Space Imaging

Dalam kenyataan yang sama, European Space Imaging menegaskan mereka akan terus melakukan pemantauan di kawasan kejadian. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply