Home Semasa COVID-19: Kes tunggal harian dikesan di Perlis

COVID-19: Kes tunggal harian dikesan di Perlis

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan hanya 1 kes jangkitan baharu telah dikesan hari ini.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Perlis.

“1 kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis,

“Sementara itu, tiada kes import dilaporkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, tiada kes positif COVID-19 yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian dilaporkan.

Selain itu, sebanyak 16 pesakit telah disahkan pulih dari wabak itu.

Sehingga kini, Malaysia telah mencatatkan jumlah kes jangkitan sebanyak 9,002 kes dengan 8,684 daripadanya pulih.

Selain itu, kes kematian kekal sebanyak 125 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply