Home SemasaGlobal COVID-19: Bilangan kes global hampiri angka 18 juta

COVID-19: Bilangan kes global hampiri angka 18 juta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini mengesahkan bilangan kes jangkitan akibat wabak COVID-19 menghampiri paras 18 juta orang.

Dalam laporan harian yang diterbitkan oleh WHO, sebanyak 262 929 kes jangkitan baharu dilaporkan pada 2 Ogos dengan menjadikan jumlah kes adalah sebanyak 17,660,523 kes.

Jumlah kematian telah meningkat kepada 680,894 orang setelah 5,851 kematian dicatatkan pada 2 Ogos.

Benua Amerika terjejas teruk akibat wabak pandemik dengan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 9,476,763 kes.

Amerika Syarikat dan Brazil merupakan antara negara terjejas teruk di negara itu dengan mencatatkan jumlah kes yang tinggi.

Jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat adalah 4,662,860 manakala Brazil pula mencatatkan sebanyak 2,662,485 kes.

Sementara itu, di rantau Asia, India telah mencatatkan sebanyak 1,804,702 kes jangkitan dan merupakan negara ke-3 terjejas akibat wabak itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!