Home Semasa Duta Filipina akan ke Wisma Putra hari ini

Duta Filipina akan ke Wisma Putra hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Wakil Kedutaan Filipina dijangka akan ke Wisma Putra hari ini berhubung kenyataan Menteri Luar negara itu yang menegaskan Sabah adalah milik mereka.

Isu tuntutan Sabah oleh Filipina sekali lagi mendapat perhatian apabila Menteri Luar Filipina, Teddy Locsin Jr menegaskan Negeri Di Bawah Bayu adalah milik mereka.

“Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika kamu mahu berurusan dengan Filipina,” kata Locsin ketika ‘menegur’ kenyataan Twitter milik Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina yang memberikan bantuan kepada rakyat negara itu dibawa pulang dari Sabah.

 

Kenyataan kontroversi oleh Menteri Luar FIlipina.

Kenyataan Locsin sekaligus mendapat bantahan dari Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

“Ini merupakan satu kenyataan yang boleh mengugat hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina. Pihak Kementerian Luar akan memanggil Duta Filipina pada hari Isnin (3 Ogos) untuk memberi penjelasan,

“Sabah merupakan dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia,” kata Hishamuddin ketika membalas ciapan Locsin pada akhir Julai lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menempelak kenyataan Teddy Locsin Jr.

Walaupun dibidas oleh rakan sejawatnya, Locsin tidak menarik balik kenyataannya itu. Malah, beliau menyifatkan bekas presiden Filipina, Benigno Aquino III bersifat lepas tangan semasa Krisis Lahad Datu 2013 lalu.

“Teringat seramai 200 orang Tentera Diraja Sulu (RSA) berjaya menawan kawasan selua 150 kilometer persegi dalam masa seminggu selepas mendarat,

“Tetapi PNoy (nama panggilan Aquino III) telah lepas tangan, enggan bertanggung jawab dan memberi isyarat untuk menghapuskan mereka dan memadamkan memori keturunan pengecut,” katanya dalam satu ciapan pada 31 Julai.

Locsin menyifatkan PNoy (Aquino III) sengaja bersikap lepas tangan dalam insiden Lahad Datu 2013.

Semasa Krisis Lahad Datu 2013, Presiden Filipina pada ketika itu, Benigno Aquino III merayu kumpulan penceroboh untuk menyerah diri kepada kerajaan Malaysia.

Namun begitu, pihak RSA enggan berbuat demikian dan kemudiannya berhadapan dengan serangan oleh Angkatan Tentera Malaysia melalui Ops Daulat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply