if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Politik Cadangan Mukhriz sebagai TPM II bukan dari saya – Tun M

Cadangan Mukhriz sebagai TPM II bukan dari saya – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan cadangan Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II (TPM II) bukanlah dari dirinya.

“Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudah pun disebut,” tegas beliau dalam satu hantaran di laman blognya.

Pada masa yang sama, Tun M menyatakan beliau sedar bahawa dirinya akan dikritik berikutan pencalonan anaknya yang juga bekas Menteri Besar Kedah untuk memegang jawatan itu.

“Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu menjadi Perdana Menteri kali pertama, saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan,

“Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, beliau tidak mempunyai hak untuk menentang pencalonan Mukhriz.

“Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya,

“Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya,

“Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Mukhriz dicalonkan sebagai TPM II selepas satu pertemuan tidak formal antara wakil parti Amanah, Warisan, dan DAP bersama Tun M.

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM I. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply