Home Semasa COVID-19: Cabaran kini di kalangan warga asing

COVID-19: Cabaran kini di kalangan warga asing

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu dalam menangani peningkatan kes COVID-19 di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes tersebut dapat dilihat secara ketara mulai 29 April 2020 yang disebabkan oleh kes import dari luar negara, penularan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen dan juga pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalan komuniti.

“Ini bermakna negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu yang perlu kita tangani bersama, iaitu peningkatan kes COVID-19 di kalangan bukan warganegara,

“Namun golongan bukan warganegara tidak harus disisih dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia. Malahan kita perlu membantu mereka, untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19 di negara kita,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian berkaitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, saban tahun, pergaulan dan percampuran rakyat tempatan dengan bukan warga Malaysia sememangnya terhad, namun kehadiran mereka sebagai pekerja daripada pelbagai sektor turut membantu dalam memperkasa ekonomi negara.

“Sewajarnya, kita perlu mengenal pasti dan mencari cara penyelesaian bagi menangani isu penularan COVID-19 dalam kalangan mereka,

“Oleh itu, pendekatan seluruh jentera kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan juga masyarakat adalah diperlukan agar isu ini dapat ditangani secara menyeluruh,” katanya. –  airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply