Home Semasa Malaysia catat kematian ke-100 akibat COVID-19

Malaysia catat kematian ke-100 akibat COVID-19

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 28 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu lagi kematian akibat pandemik COVID-19 di laporkan kepada Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan yang menjadikan jumlah kamulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-100 (kes-3,628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung serta strok.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buluh, Selangor pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2020 jam 9.40 pagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham berkata terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 4,032 kes, setakat ini.

“Hingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 31 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes.

“Daripada jumlah itu, 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 memerlukan bantuan pernafasan,” jelasnya.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply