Home Semasa Agensi kerajaan ganding bahu urus agihan makanan zon PKPD di Simpang Renggam

Agensi kerajaan ganding bahu urus agihan makanan zon PKPD di Simpang Renggam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Apr – Agensi kerajaan dan keselamatan berganding bahu dalam menguruskan agihan makanan kepada mereka yang terlibat dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam.

Di Bilik Gerakan PKPD Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), bekalan makanan diuruskan oleh Bahagian Urus Setia Agihan Bekalan Makanan. Unit ini adalah terdiri daripada petugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pertanian Daerah Kluang.

Sementara tugas pengagihan bekalan pula melibatkan anggota  Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Kluang, Mohd Razi Aziz.

“Bantuan di terima daripada pelbagai agensi termasuklah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan JKM dalam mengumpul bekalan makanan harian,

“Setelah bekalan makanan diterima, pihak kami akan mengagihkan ke 11 pusat yang telah ditetapkan untuk disalurkan kepada penduduk yang terjejas ekoran PKPD ini,” kata Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Kluang, Mohd Razi Aziz.

Beliau merupakan antara petugas yang diberikan tanggungjawab untuk melakukan penyelarasan bekalan makanan ke 11 kawasan yang telah terlibat dalam PKPD yang bermula semenjak 27 Mac lalu.

Antara bekalan yang dihantar adalah bihun, sardin, tepung, gula, garam dan sebagainya.

“Dengan inisiatif lain, pihak kami turut menyediakan bekalan bahan mentah seperti ayam, daging dan telur untuk dibahagikan kepada mereka,

“Manakala bagi sayuran-sayuran pula, Pejabat Pertaniah telah menyediakan pelbagai jenis sayur untuk diagih-aginkan kepada mereka yang terjejas,” ujarnya lagi.

Menurut Razi, agihan bekalan makanan dilakukan pada setiap hari dengan bantuan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Penghantaran bekalan makanan akan dilakukan pada sebelah pagi dan petang bersama APM ke stesen-stesen yang telah ditetapkan,

“Dua pusat utama iaitu di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid serta 9 kampung rangkaian yang dikenakan PKPD,

“Pemberian bekalan makanan akan dibuat mengikut jumlah barangan yang diterima. Sekiranya jumlah bekalan mencukupi, maka kesemua 1,317 buah rumah akan mendapat bekalan makanan tersebut,” jelas Razi lagi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Bagi melaksanakan pengagihan kepada penduduk yang terjejas, APM telah menghantar seramai 61 orang anggotanya bagi membantu usaha tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian, Kapten (PA) Mohamad Hairol Ishak berkata penglibatan anggota APM sepanjang PKPD Simpang Renggam melibatkan dua bahagian iaitu sekretariat dan pengoperasian MDSR.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian, Kapten (PA) Mohamad Hairol Ishak

“Penglibatan ini membabitkan beberapa APM di daerah Kota Tinggi, Johor Bharu, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan dua pusat Latihan pertahanan awam,

“Penugasan sekretariat yang dilaksanakan APM adalah mengaturgerakkan, penghantaran bekalan makanan dan pelaporan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Mohamad Hairol, pelaporan ini perlu dihantar kepada bilik gerakan negeri Johor dan seterusnya dipanjangkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Sekretariat ini juga berperanan untuk menyelaras dan membantu tugas-tugas pengoperasian di bilik operasi Simpang Renggam,

“APM juga berkerjasama dengan JKM, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah serta agensi-agensi lain supaya setiap bekalan yang ada di Simpang Renggam di hantar sampai setiap rumah di kawasan zon merah dan kuning,

“Kita juga dapat bantuan daripada masyarakat setempat, untuk memasuki kawasan PKPD bagi menghantar barang-barang keperluan supaya setiap rumah dapat perolehi makanan,” katanya.

Beliau juga berkata penghantaraan bekalan dan keperluan asas di kawasan zon merah, anggota APM akan memakai pakaian mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Di zon kuning pula, anggota akan memakai pakaian basic PPE dengan memakai topeng muka dan sarung tangan,

“Walau bagaimanapun, tidak kira zon merah atau kuning kita perlu menjalankan operasi dengan baik dan menentukan anggota dalam keadaan baik setelah balik dari kawasan PKPD,” ujarnya.

Geleri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply