Home Semasa Ahli Parlimen Batu ditahan kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Ahli Parlimen Batu ditahan kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Apr – Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Selayang.

Menurut Pegawai Tugas Khas Ahli Parlimen Batu, Arvind Raj, Prabakaran telah ditahan di kawasan Pasar Borong Selayang ketika meninjau kebajikan penduduk terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang diisytiharkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Praba sekarang dalam perjalanan ke IPD Sentul bersama seorang lagi (petugas) dan sedang diiringi oleh polis,

“Beliau ditahan di Pasar Borong Selayang ketika sedang melakukan tinjauan di kawasan Parlimen Batu berikutan penguatkuasaan PKPD,” kata Arvind.

Sementara itu, laman Facebook rasmi Prabakaran menyatakan beliau sedang dalam perjalanan ke IPD Sentul.

“Saya sedang dalam perjalanan ke IPD Sentul, tak pasti sama ada saya sedang ditahan,” katanya.

Terdahulu, Prabakaran melakukan siaran langsung di akaun media sosial rasminya ketika melakukan tinjauan.

Pada masa yang sama, beliau memaklumkan telah dihalau keluar dari Bilik Gerakan Kawasan Seri Murni.

Related Articles

Leave a Reply