Home Semasa COVID-19: PKP dilanjutkan sehingga 28 April

COVID-19: PKP dilanjutkan sehingga 28 April

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Apr – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri akan dilanjutkan dua minggu lagi mulai 15 April sehingga 28 April 2020.

Muhyiddin berkata pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi wabak COVID-19 selain mengelakkan penularan semula kepada masyarakat.

“Tindakan ini selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP dengan lebih awal,” jelas Muhyiddin dalam Perutusan Khas, hari ini.

Beliau turut menjelaskan telah mengarahkan semua agensi keselamatan supaya memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara.

“Di sepanjang sempadan negara, ada banyak terdapat lorong-lorong tikus yang digunakan pendatang asing tanpa izin untuk keluar dan masuk ke negara,

“Jika tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara,

“Jadi saya mengarahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

 

 

Related Articles

Leave a Reply