Home Semasa COVID-19: Kes kematian ke-20 di Malaysia dicatatkan

COVID-19: Kes kematian ke-20 di Malaysia dicatatkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kematian direkodkan malam ini dengan menjadikan jumlah kematian di negara sebanyak 20 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun.

“Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020,” kata Dr Noor Hisham.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan seramai 73 petugas kesihatan KKM telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19.

Beliau menegaskan punca jangkitan kesemua anggota petugas KKM bukan berpunca dari pengendalian pesakit COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply