Home Semasa Malaysia hantar pesawat Airbus bawa rakyat pulang dari Wuhan

Malaysia hantar pesawat Airbus bawa rakyat pulang dari Wuhan

by M.Daim

SEPANG, 3 FEB – Air Asia telah menghantar sebuah pesawat komersil ke Wuhan bagi membawa pulang seramai 141 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.

Misi ini melibatkan sebuah pesawat Airbus A320-251N dengan nombor penerbangan AK8264 dan terdiri daripada 12 anak kapal berserta 8 petugas misi. Pesawat telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada pukul 4.38 petang dan penerbangan dijangka akan memakan masa selama 4 jam 35 minit.

“Penerbangan ini membawa 500 ribu pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada Kerajaan China dalam operasi membanteras penularan 2019-nCoV di negara itu,” kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, semua 167 penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU), KLIA,

“Angka ini melibatkan kesemua 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang, 12 krew, 8 petugas misi dan 6 pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing,” jelas NADMA.

Pihak NADMA menambah, penumpang yang dikesan mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital manakala yang melepasi saringam akan dibawa terus menaiki bas ke Pusat Pemantauan yang telah ditetapkan untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari.

Related Articles

1 comment

Pesawat khas bawa rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA – Air Times News Network 4 February 2020 - 9:05 am

[…] Artikel berkaitan : Malaysia hantar pesawat Airbus bawa rakyat pulang dari Wuhan […]

Reply

Leave a Reply