Home SemasaPertahankan jawi, haramkan Dong Zong

Pertahankan jawi, haramkan Dong Zong

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 jan – Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) hari ini menegaskan Persekutuan Persatuan-persatuan  Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan penubuhannya kerana mengugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Pihak GAMIS menyuarakan perkara tersebut dalam satu perhimpunan aman Pertahankan Jawi di hadapan Sogo, hari ini.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara dengan memastikan pertubuhan anti nasional seperti Dong Zong tidak wujud dalam negara kita,” jelas GAMIS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau menambah , satu perhimpunan mega akan diadakan bagi mendesak pengharaman Dong Zong.

“Kami berasa kecewa dengan tindakan Dong Zong yang cuba memporak-perandakan perpaduan kaum dengan menyemarak sikap anti nasional di kalangan masyarakat Cina dengan cuba mengadakan perhimpunan anti jawi pada 28 Disember lalu,” kata Presiden Gamis, Saifullah Baiduri yang membacakan kenyataan media di hadapan lebih 200 peserta perhimpunan yang hadir.

Perhimpunan aman pertahankan jawi diadakan di hadapan SOGO, hari ini. Foto: Air Times/M Daim

Persidangan isu tulisan jawi anjuran Dong Zong di Kolej New Era Kajang pada 28 Disember lalu telah dibatalkan sehari sebelum majlis berlangsung selepas pihak polis mendapat perintah mahkamah.

Dalam pada itu, GAMIS turut mengemukakan beberapa tuntutan iaitu mendesak pengharaman Dong Zong, mata pelajaran jawi diteruskan di sekolah vernakular kerana bertepatan dengan Perlembagaan dan memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selain itu, GAMIS turut memberi amaran kepada Dong Zong dan mana-mana pertubuhan yang cuba menyentuh Perlembagaan untuk tidak meneruskan apa-apa perhimpunan berbaur rasis.

“Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjadi tulang belakang Dong Zing jangan cuba mengkhianati Perlembagaan dan Majlis Raja-raja,” tegas Saifullah.

Kenyataan media dibacakan oleh Presiden GAMIS, Saifullah Baiduri. Foto: Air Times/M Daim

Saifullah menyatakan satu memorandum mempertahankan kedaulatan tulisan jawi akan dihantar kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Memorandum akan dihantarkan kepada Raja Permaisuri Agong pada satu tempoh yang akan ditentukan kelak,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan.

Related Articles

Leave a Reply