Home Pertahanan dan Keselamatan Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bakal Panglima Tentera Udara baharu mulai 3 Januari

Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bakal Panglima Tentera Udara baharu mulai 3 Januari

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad akan dilantik menjadi Panglima Tentera Udara ke-19 mulai 3 Januari ini.

Menurut sumber dalaman, pelantikan Ackbal sebagai Panglima Tentera Udara adalah selaras dengan kenaikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebagai Panglima Angkatan Tentera.

“Pelantikan Affendi sebagai Panglima Angkatan Tentera dan Ackbal sebagai Panglima Tentera Udara turut membawa banyak perubahan kepada susunan barisan pegawai kanan TUDM mulai bulan ini,” jelas sumber.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan Goriman Khan akan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara sementara jawatan Panglima Operasi Udara akan diisi oleh Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Mohammad Salleh Osman.

Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan akan dilantik menjadi Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Zahani Zainal Abidin akan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan. Jawatan Panglima Wilayah Udara 1 pula akan diisi oleh Brigedier Jeneral Dato’ Zulkifli Hamid, Ketua Staf Operasi Markas Wilayah Udara 1.

Inspektorat Jeneral Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Felix Gonsalvez a/l Alexander akan dilantik sebagai Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara dan digantikan oleh Brigedier Jeneral Mohd Kahar Mohd Kassim.

Ketua Pengarah DGTA (Directorate General Technical Airworthiness), Brigedier Jeneral Dato’ Dr Md Zaki Zain dilantik sebagai Ketua Staf Kejuruteraan.

Selain daripada itu, Brigedier Jeneral Dato’ Sanusi Samion, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara akan ditempatkan ke Bahagian Operasi dan Latihan Bersama Markas Angkatan Bersama.

Ketua Pengarah DGTA (Directorate General Technical Airworthiness), Brigedier Jeneral Dato’ Dr Md Zaki Zain dilantik sebagai Ketua Staf Kejuruteraan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?