Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan bayi sakit jantung dari Kota Kinabalu ke Subang

TUDM terbangkan bayi sakit jantung dari Kota Kinabalu ke Subang

by Nurulhuda

SUBANG, 17 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 18 hari dari Kota Kinabalu yang memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara.

Penerbangan ihsan tersebut dilaksanakan dengan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No 22 Skuadron dan dikendalikan oleh Major Phanom.

Pesawat telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 5.00 petang dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada pukul 7.30 malam.

“Kami mendoakan agar bayi tersebut sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan,

“Tahniah diucapkan kepada juruterbang dan anak kapal pesawat A400M dari No 22 Skuadron dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat,” kata pihak TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply