Home Semasa Dasar Pengangkutan Negara pemangkin hala tuju pertumbuhan nasional

Dasar Pengangkutan Negara pemangkin hala tuju pertumbuhan nasional

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Perasmian Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di KL Central, hari ini.

“DPN adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030,

“Dasar ini akan memberi penekanan kepada penglibatan rakyat dan pemain industri dalam aktiviti sektor pengangkutan, kata Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad di KL Central, hari ini. Foto: Air Times

Beliau menambah, perancangan melalui DPN dapat membantu kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan untuk menyediakan sistem pengangkutan yang baik.

DPN merupakan satu polisi strategik yang merangkumi pelbagai medium pengangkutan iaitu darat, laut dan udara.

Matlamat utama DPN adalah untuk mewujudkan mutu sistem pengangkutan awam yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir ke majlis ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

 

 

Related Articles

Leave a Reply