Home Semasa Media cetak masih relevan – Aneesa Zulaikha Ackbal

Media cetak masih relevan – Aneesa Zulaikha Ackbal

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 17 Okt – Akhbar media cetak adalah sebagai penyampai maklumat atau berita yang masih diperlukan oleh masyarakat. Fungsi media cetak tidak dapat dinafikan masih mempunyai kewajaran dan masih diperlukan oleh pembaca.

Bagi Aneesa Zulaikha Ackbal, media cetak di Malaysia masih relevan dimana ia hanya perlu ditambah pengisiannya agar lebih menarik dan menepati permintaan generasi zaman sekarang.

“Orang muda sekarang kurang terlibat dengan bahan media cetak,

“Saya rasa salah satu cara terbaik adalah dengan meningkatkan kualiti pengisian didalam bahan media cetak agar ia lebih menarik dan mudah didekati terutamanya untuk golongan muda,” kata Aneesa kepada pemberita di Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam hari ini.

Penuntut diploma Komunikasi dan Media, UiTM Rembau ini berpendapat program sebegini seharusnya diteruskan untuk memberi  kesedaran kepada orang ramai terutama golongan muda tentang keberkesanan bahan media cetak dan kesinambungan untuk masa hadapan.

“Sekiranya kita teruskan program seperti ini, orang ramai akan tahu betapa pentingnya media cetak dan ia wajar dibincangkan untuk keperluan masyarakat akan datang,” jelas Aneesa.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Media UiTM, Suhaila Kamal. Foto: Air Times

Sementara itu, Pensyarah dan penasihat Fakulti Komunikasi dan Media UiTM, Suhaila Kamal berkata, objektif utama penganjuran forum ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan media cetak dan menilai medium media digital yang dilihat sebagai satu ancaman ataupun pelengkap terhadap masyarakat sekarang.

“Seperti mana kita tahu, baru-baru ini salah satu syarikat industri media cetak di Malaysia, Utusan Malaysia mengumumkan penggulungan operasi mereka,” jelas Suhaila.

 

Related Articles

Leave a Reply