Home Semasa Tahan dan periksa kereta peronda: kuasa petugas parti melebihi kuasa polis?

Tahan dan periksa kereta peronda: kuasa petugas parti melebihi kuasa polis?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan yang menahan dan memeriksa kenderaan peronda polis (MPV) semasa Pilihan Raya Kecil DUN Rantau baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak

Video berdurasi selama kira-kira 40 saat itu tular di laman media sosial semenjak malam semalam. Dalam rakaman tersebut, sebuah kenderaan MPV polis telah dikerumuni oleh lima orang penyokong Pakatan Harapan.

“Kalau you tak salah,  you boleh bukaklah bonet,” kata salah seorang penyokong parti Pakatan Harapan kepada pemandu kereta MPV.

“This is our procedure (Ini adalah prosedur kami),” jelas petugas tersebut setelah memeriksa bonet kenderaan berkenaan.

Tindakan beberapa orang penyokong parti yang mendesak pegawai polis untuk akur arahan mereka telah mendapat pelbagai pihak di media sosial.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut mempersoalkan tindakan penyokong parti yang memeriksa kenderaan polis.

“Bolehkah orang awam mengganggu anggota polis semasa menjalankan tugas?” soal Musa di akaun twitternya.

“Tindakan diluar bidang kuasa undang-undang oleh petugas-petugas awam ini bukan sahaja mempertikaikan kewibawaan PDRM tetapi juga kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kewibawaan Kerajaan yang memerintah,” ujar bekas Ketua Polis Negara.

“Aku pun hairan siapa pihak berkuasa? Siapa kau arah polis? SOP (prosedur) apa? Kau dari pihak berkuasa agensi mana?” kata seorang netizen, Sufyan Ariff yang mempersoalkan tindakan penyokong parti yang menahan dan memeriksa kenderaan polis.

“Apa kuasa dia untuk check (periksa) kenderaan pasukan (polis)? Prosedur mana yang dia cakap tu?” komen Nasrul Nazlan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis menyatakan petugas tersebut menjalankan bidang kuasa tugas mereka.

“Rupanya ini dalam bidang kuasa ‘Raykat’. Patutlah,” ujar Najib secara ringkas di akaun media sosial kendaliannya.

Related Articles

Leave a Reply