Home SemasaGlobal Zionis tembak 3 rakyat Palestin

Zionis tembak 3 rakyat Palestin

by Noor Sheila Amin

Baitulmaqdis, 4 April – Tiga penduduk Palestin yang disyaki cuba menyusup masuk ke negara itu dari Semenanjung Gaza, dilaporkan cedera akibat ditembak tentera Israel.

“Tentera (Israel) berjaya mengesan tiga lelaki ketika mereka cuba menyeberangi pagar keselamatan, dan cuba menyusup masuk ke Israel dari kawasan selatan Semenanjung Gaza.

“Pihak tentera terpaksa melepaskan tembakan. Kami turut menjumpai pisau pada mereka,” kata tentera Israel.

Jurucakap tentera memberitahu AFP, ketiga-tiga mereka sudah dipindahkan ke sebuah hospital di Israel.

Sekurang-kurangnya, 263 rakyat Palestin terbunuh akibat ditembak tentera Israel, sejak tunjuk perasaan mingguan dilancarkan setahun lalu, selain pertempuran di sempadan Gaza.

Sementara itu, dua tentera Israel maut dalam tempoh yang sama di Gaza.

Related Articles

Leave a Reply