1.4K
Christchurch, 15 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyatakan jumlah terkini mangsa tembakan meningkat kepada 40 orang maut manakala lebih 20 orang cedera parah di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini
Memetik berita Reuters, Ardern berkata New Zealand telah diletakkan pada paras ancaman keselamatan tertinggi.
Menurut beliau, empat orang suspek telah berada dalam tahanan polis namun suspek tidak pernah berada di mana-mana pengawasan oleh pihak polis sebelum ini.