Home SemasaGlobal Zionis bom kubu kuat Hamas

Zionis bom kubu kuat Hamas

by Noor Sheila Amin

Menurut Angkatan Pertahanan Israel, kenyataan melalui Twitter itu menyatakan “Kami baru saja melancarkan serangan ke atas kubu kuat pejuang Hamas di Gaza.

Memetik berita AFP, difahamkan, serangan itu menjejaskan kedudukan sayap tentera Hamas yang mengawal Gaza, dan sekutunya Jihad Islam, kata sumber keselamatan Gaza.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera mendakwa dua roket dilancarkan ke arah daerah Tel Aviv malam semalam.

Namun kedua-dua Hamas dan Jihad Islam menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket itu.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Related Articles

Leave a Reply