Home SemasaGlobal Isu Kashmir – PM Pakistan gesa India berdialog

Isu Kashmir – PM Pakistan gesa India berdialog

by Noor Sheila Amin

Menurut laporan berita Reuters, ucapan dibuat selepas Pakistan menembak jatuh dua pesawat India merentasi Garisan Kawalan Kashmir (LoC),yang memisahkan Kashmir dan ditadbir kedua-dua negara. Seorang juruterbang India dilaporkan ditangkap.

Imran berkata, kedua-dua pihak seharusnya tidak tersilap perhitungan terhadap senjata yang mereka miliki dan beliau bersedia berbincang dengan jirannya India bagi mencari jalan menyelesaikan isu berbangkit termasuk keganasan.

“Marilah duduk bersama dan menyelesaikan masalah kita menerusi dialog,” kata Imran kepada kepimpinan India dalam ucapan di televisyen selepas mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi Pusat Arahan Kebangsaan yang memantau senjata nuklear Pakistan.

Merujuk insiden menembak jatuh pesawat MiG-21 India, Imran berkata: “Tiada negara berdaulat boleh membenarkan pelanggaran kedaulatannya. Saya memaklumkan India mengenai tentangan itu. Tujuan utama tindakan kami ialah menyampaikan, jika anda datang ke negara kami, kami boleh melakukan perkara yang sama.”

Related Articles

Leave a Reply