Home Semasa Ribut Tropika Pabuk di luar pesisir Kelantan dan Terengganu

Ribut Tropika Pabuk di luar pesisir Kelantan dan Terengganu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di perairan pantai timur negara berikutan Ribut Tropika Pabuk berada di perairan berkenaan mulai hari ini.

Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia berkata kedudukan terkini ribut berkenaan adalah di Latitud 6.3 Utara dan Longitud 107.0 Timur, kira-kira  392 kilometer (km) ke timur laut Kuala Terengganu, Terengganu.

Kedudukan tersebut adalah berdasarkan cerapan mutakhir oleh jabatan berkenaan pada pukul 11 malam semalam.

Kedudukan tersebut merupakan kedudukan terkini berdasarkan Nota Makluman Amaran Ribut Tropika yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 11.45 malam semalam.

Sebelum itu, Pabuk berada pada kira-kira 446 km ke timur laut Kuala Terengganu.

“Ribut Tropika Pabuk kini bergerak bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).

“Ia juga boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang,” kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Imej cerapan infra merah mutakhir yang disiarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada kira-kira 12.20 tengah malam waktu Malaysia. Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia

Angin kencang berkelajuan 50-60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan pantai timur sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Pada masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di kawasan perairan Kelantan, Pahang dan Terengganu sehingga 6 pagi 3 Januari 2019.

 

Related Articles

Leave a Reply